Bagaimana Menjadi Agen Insurans Takaful

Langkah 1 : Ambil Exam Takaful

Sebelum memulakan karier sebagai agen insurans takaful, anda haruslah lulus dulu ujian didalam Takaful Basic Examination. Anda boleh membuat bayaran terus dan pilih tarikh dan lokasi untuk exam. Bahan bacaan boleh di download setelah membuat pembayaran. Keputusan lulus sahaja sudah cukup memadai

Klik link ini untuk berdaftar dan mengambil ujian Takaful Basic Examination >> IBFIM <<

 

Langkah 2 : Dokumen Peribadi

Apabila anda sudah lulus, anda harus menyediakan dokumen ini, Gambar kad pengenalan berwarna depan dan belakang, Sijil tertinggi (Min SPM), salinan muka depan akan bank / online statement yang tertera nama dan no akaun anda. Gambar bersaiz passport berlatar belakang putih, Keputusan Ujian Takaful Basic Examination (TBE) dan LIMRA (akan diemail oleh saya)

Langkah 3 : Pendaftaran Di Ipad

Dokumen tersebut akan didaftarkan didalam IPAD dan saya wajib berjumpa dengan anda bagi mengisi maklumat tambahan. Selain itu anda harus menurunkan tandatangan bagi membuktikan bahawa anda berdaftar dengan sah dengan AIA Public Takaful. Anda akan diwajibkan menjalani latihan yang ditetapkan dengan Bank Negara Malaysa (BNM) selama 3 hari di pejabat AIA yang ditetapkan

 

Begitu mudah sekali untuk menjadi agen, bahkan modalnya adalah sedikit sahaja. Apa kata jika anda tidak berjaya mendapat seorang pun pelanggan dalam masa 3 bulan, saya akan pulangkan semula wang RM 90 anda. Adil?