Bagaimana Daftar Menjadi Agen Insurans Takaful

agen takaful part time
Kerjaya Agen Takaful Part Time
April 16, 2017
agen insurans part time
Adakah kerjaya anda sekarang memberikan kehidupan yang anda inginkan?
July 10, 2017
agen takaful

Bagaimana Daftar Menjadi Agen Insurans Takaful

Rata-rata ramai yang tidak tahu bagaimana untuk men daftar menjadi agen insurans takaful. Langkahnya tidak lah susah mana pun cuma ada beberapa step yang perlu diikuti agar nanti tidak pening.

Hendak menjadi agen insurans takaful ini perlu mempunyai beberapa kriteria sahaja

  1. Lulus SPM
  2. Berumur 18 tahun keatas
  3. Boleh membayar yuran peperiksaan RM80
  4. Boleh pergi menjawab exam di tempat dan lokasi yang ada diseluruh Malaysia
  5.  Boleh berdikari

Untuk Mendaftar Menjadi Agen Insurans Takaful AIA Takaful

Langkah 1 : Ambil Exam Takaful

Sebelum memulakan karier sebagai agen insurans takaful, anda haruslah lulus dulu ujian didalam Takaful Basic Examination. Anda boleh membuat bayaran terus dan pilih tarikh dan lokasi untuk exam. Bahan bacaan boleh di download setelah membuat pembayaran. Keputusan lulus sahaja sudah cukup memadai

Klik link ini untuk berdaftar dan mengambil ujian Takaful Basic Examination >> IBFIM <<

Langkah 2 : Dokumen Peribadi

Apabila anda sudah lulus, anda harus menyediakan dokumen ini, Gambar kad pengenalan berwarna depan dan belakang, Sijil tertinggi (Min SPM), salinan muka depan akan bank / online statement yang tertera nama dan no akaun anda. Gambar bersaiz passport berlatar belakang putih, Keputusan Ujian Takaful Basic Examination (TBE) dan LIMRA (akan diemail oleh saya)

Langkah 3 : Pendaftaran Di Ipad

Dokumen tersebut akan didaftarkan didalam IPAD dan saya wajib berjumpa dengan anda bagi mengisi maklumat tambahan. Selain itu anda harus menurunkan tandatangan bagi membuktikan bahawa anda berdaftar dengan sah dengan AIA Public Takaful. Anda akan diwajibkan menjalani latihan yang ditetapkan dengan Bank Negara Malaysa (BNM) selama 3 hari di pejabat AIA yang ditetapkan

Untuk Maklumat Lanjut : http://ageninsurans.com/bagaimana-menjadi-agen-insurans-takaful/

atau PM/Whatsapp 013-3759889 (Firuz)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *